Penajaan Jersi United Oleh General Motors Catat Sejarah Dunia

Diterbitkan: Rabu, 1 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER UNITED dan General Motors telah menandatangani perjanjian penajaan jersi bernilai £210 juta iaitu yang terbesar di dunia mulai musim 2014-15.

Perjanjian selama tujuh tahun itu bakal menyaksikan jenama kenderaan Chevrolet terpampang pada semua jersi pasukan United.

United akan memperolehi £30 juta setahun hasil daripada penajaan tersebut.

General Motors adalah pengeluar kenderaan pelbagai guna terbesar di Amerika dan juga dunia.

Buat masa ini penaja jersi United ialah AON tetapi perjanjian terbaru dengan General Motors ini dikatakan tambahan £10 juta daripada apa yang diperolehi daripada AON.

Penajaan oleh AON adalah bernilai £20 juta setahun untuk tempoh empat tahun. Sebelum itu United menerima penajaan daripada AIG berjumlah £14 juta setahun.

Menurut akhbar The Sun UK, perjanjian £30 juta setahun itu telah mengatasi apa yang diperolehi Barcelona menerusi penajaan Yayasan Qatar yang bernilai £25 juta setahun.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson berharap penajaan baru itu akan memperkukuhkan lagi kewangan kelab tersebut bagi membolehkannya membeli pemain-pemain baru dan ternama.

United dikatakan turut berminat untuk memperolehi khidmat Robin van Persie dengan harga tawaran £15 juta kepada Arsenal dan juga sedang berunding untuk mendapatkan pemain muda Brazil, Lucas Moura,19, dari kelab Sao Paulo pada harga £30 juta.

Berikut adalah senarai 11 kelab dengan penajaan jersi terbesar di dunia:

1. MANCHESTER UNITED £30 juta (General Motors)

2. BARCELONA £25 juta (Qatar Foundation)

3. BAYERN MUNICH £23.6 juta (Deutche Telekom)

4. LIVERPOOL £20 juta (Standard Chartered)

5. MANCHESTER CITY £20 juta (Etihad Airways)

6. SUNDERLAND £20 juta (Invest in Africa)

7. REAL MADRID £16.8 juta (Bwin)

8. CHELSEA £13.8 juta (Samsung)

9. TOTTENHAM HOTSPUR £10 juta (Autonomy & Investec)

10. AC MILAN £10 juta (Emirates)

11. NEWCASTLE UNITED £10 juta (Virgin Money)

* Semua jumlah penajaan yang tertera di atas adalah untuk semusim.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan