Cahill Ubah Angin Ke New York Red Bulls

Diterbitkan: Selasa, 24 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cahill ubah angin beraksi dalam liga Amerika Syarikat.
Cahill ubah angin beraksi dalam liga Amerika Syarikat.

TIM Cahill bakal perpindah ke New York Red Bulls selepas Everton dan Liga Bola Sepak Utama Amerika Syarikat (MLS) bersetuju mengenai bayaran perpindahan pemain tengah tersebut.

Cahill tetap tenang dalam persiapan ke New York selepas mula menyertai Toffess dari Millwall pada tahun 2004 dengan melakukan 278 dan berjaya menjaringkan 68 gol namun terpaksa meninggal Merseyside untuk bermain di Amerika Syarikat.

"Everton telah bersetuju dengan MLS bahawa Tim Cahill akan berpindah ke New York Red Bulls," jelas satu kenyataan kelab, Selasa.

"Tim,32, akan berpindah ke Red Bulls dengan nilai bayaran yang sedikit, berdasarkan persetujuan peribadi pemain dan laporan perubatan.

"Dia akan terbang ke AS dalam masa terdekat ini."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan