SMK Seksyen 11 Terima Kunjungan Mengejut 6 Pemain Arsenal

Diterbitkan: Isnin, 23 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain Arsenal (dari kiri) Andre Santos, Alex Oxlade Chamberlain, Wojciech Szczesny dan Theo Walcott bergambar bersama sebahagian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 Shah Alam semasa mengadakan lawatan ke sekolah tersebut pada Isnin.
Pemain Arsenal (dari kiri) Andre Santos, Alex Oxlade Chamberlain, Wojciech Szczesny dan Theo Walcott bergambar bersama sebahagian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 Shah Alam semasa mengadakan lawatan ke sekolah tersebut pada Isnin.

SHAH ALAM: Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 menerima kunjungan istimewa enam pemain Arsenal sempena menjuarai Cabaran Gunners Antara Sekolah KL anjuran Nike, Isnin.

Ketibaan Theo Walcott, Alex Oxlade Chamberlain, Andre Santos, Wojciech Szczesny, Ryo Miyaichi dan Kieran Gibbs telah mengejutkan lebih kurang 500 orang pelajar-pelajar di sekolah ini.

Selain menerima kunjungan mengejut ini, 81 orang pelajar yang terlibat dengan cabaran ini juga turut membawa balik hadiah barangan Nike bernilai RM5,000.

SMK Seksyen 11 dipilih sebagai pemenang daripada 20 buah sekolah di Lembah Klang selepas mencatat keputusan tertinggi berdasarkan cabaran melalui sistem latihan dan penyesuaian Nike, iaitu Nike SPARQ.

Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Joan Yeoh berkata, beberapa tahun ini Nike begitu berbangga dapat bekerjasama dengan Kelab Arsenal.

"Seperti Arsenal, kami di Nike juga begitu percaya dengan pembangunan bola sepak. Dengan itu, kami mengambil peluang ini menjadi orang tengah di antara peminat-peminat serta pemain kegemaran mereka.

"Tahun ini juga kami telah melakukan sesuatu yang berbeza bagi membantu memberi inspirasi kepada pemain-pemain muda agar menjadi yang lebih baik," jelas Joan.

Sementara itu, Pengetua SMK Seksyen 11, As'Shaari Khusnan berkata, pihaknya juga tidak diberitahu mengenai kunjungan tersebut dan hanya mendapat permintaan untuk menyediakan pelajar serta dewan sekolah.

"Saya amat gembira dengan kejutan yang dilakukan ini dan ia sekali gus telah memberi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar sekolah ini untuk menjadi seorang pemain yang lebih baik lagi.

"Kedatangan pemain-pemain Arsenal ke sekolah ini merupakan satu penghargaan buat semua warga SMK Seksyen 11, lebih-lebih lagi sekolah ini turut menjadi juara pada Cabaran Gunners Antara Sekolah KL anjuran Nike, 2012," katanya kepada media.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan