Shahidan Mahu Undur Diri Daripada Terajui PFA

Diterbitkan: Isnin, 23 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini menyatakan hasrat untuk berundur daripada meneraju persatuan itu jika ada pihak lain yang berminat menggantikannya.

Beliau yang menawarkan jawatan itu kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, berkata PFA memerlukan peruntukan yang besar untuk kembali gah dalam saingan liga.

"Saya tahu beliau (Md Isa) tak minat bola sepak, tetapi beliau mempunyai sumber kewangan untuk meneraju sukan ini," katanya pada sidang media, di sini.

Shahidan berkata kekangan kewangan menyebabkan PFA gagal menyerlah dalam saingan Liga Perdana musim ini sehingga terpaksa beraksi dalam Liga FAM musim depan.

Katanya sejak meneraju PFA pada 1998, beliau berkorban dari segi kewangan demi memastikan skuad Singa Utara yang pernah menjulang Piala Malaysia pada 2004 dan 2006 itu terus hidup.

Beliau turut mengaitkan kegagalan musim ini dengan penyelewengan segelintir pemain Perlis.

Pada masa yang Shahidan meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan garis panduan berkenaan gaji pemain, agar tidak timbul perbezaan ketara antara pemain pasukan 'kaya' dan 'miskin' sehingga menimbulkan kesan negatif kepada pemain itu sendiri.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan