Van Persie ‘Terperangkap’ Dalam Perang Bidaan Man United, Man City

Diterbitkan: Ahad, 22 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robin Van Persie. Foto AP
Robin Van Persie. Foto AP

ROBIN VAN PERSIE ‘terperangkap’ dalalam perang bidaan yang besar antara Manchester United dan Manchester City.

City telah menawarkan penyerang Arsenal itu kira-kira 15 juta pound pada Sabtu dan pengurus United, Alex Ferguson turut mengesahkan satu bidaan, difahamkan nilainya kira-kira 13 juta pound.

The Gunners mahu sekurang-kurangnya 20 juta pound untuk penyerang itu.

Ferguson berkata: “Jelas sekali, Arsenal telah memberikan maklumat bahawa kami telah membida untuknya.

“Tidak ada cakap-cakap terhadap sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

“Terdapat kelab lain yang berminat terhadap pemain itu. Kami menunjukkan minat dan di sinilah pandangan kami pada masa ini.”

Juventus turut dikatakan terlibat dalam bidaan itu dan berkata mereka akan membayar 8 juta pound untuk kapten pasukan Arsenal itu.

Beliau yang menetap di London itu meletakkan jawatan ekoran kekalahan pada Liga Perdana Inggeris musim lalu tetapi beliau pada Sabtu berkata sedang dalam rundingan untuk menyediakan jumlah yang penuh.

Van Persie tidak akan bergerak bersama dengan pasukannya pada Ahad untuk lawatan musim ke Timur.

Tetapi bintang England, Theo Walcott dan Alex Oxlade-Chamberlain akan menyertai lawatan itu, walaupun mereka tidak akan kembali ke kelab itu sehingga Khamis.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan pasukannya akan terbang ke Kuala Lumpur untuk memulakan tiga perlawanan persahabatan yang turut termasuk perlawanan bersama Manchester City di China pada Jumaat.

Van Persie, 28, mempunyai baki kontrak setahun lagi dan menegaskan bahawa beliau tidak akan menyambung kontrak yang baru.

Kelahiran Belanda itu membuat 44 jaringan di 57 perlawanan untuk kelab dan negara itu pada musim lepas tetapi terseksa kerana memberikan kekecewaan dalam Euro 2012.

Van Persie yang kembali berlatih pada Isnin lalu kemudiannya memberitahu pengurus Wenger bahawa beliau mahu berhijrah. – thesun.co.uk

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan