Pasukan Kelantan Dahului Penerima Hadiah Kemenangan Dan Insentif Tertinggi

Diterbitkan: Sabtu, 21 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak RM5,445,616 juta wang kemenangan dan insentif telah diagihkan kepada pasukan-pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia 2012 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Wisma FAM, Jumaat.

Juara Liga Super 2012, Kelantan mendahului senarai penerima hadiah wang kemenangan tertinggi sebanyak RM750,000 dan wang insentif bernilai RM325,024 menjadikan jumlah keseluruhan bernilai RM1,075,020.00 juta.

Naib juara Liga Super, Pasukan Lions XII FC menerima RM450,000 dan namun tiada wang insentif bagi pasukan dari Singapura itu.

Tempat ketiga pula, pasukan Selangor menerima wang kemenangan bernilai RM300,000 bersama wang insentif bernilai RM278,592.

Sementara itu, juara Liga Perdana, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang layak beraksi dalam Liga Super musim depan menerima habuan sebanyak RM300,000 bersama wang insentif sebanyak RM160,728.

Tempat kedua pula, Pahang yang juga layak ke aksi Liga Super musim baru nanti turut menerima RM150,000 bersama wang insentif berjumlah RM147,334, manakala pasukan yang menduduki tangga ketiga Liga Perdana ini, Kuala Lumpur Sime Darby menerima hadiah kemenangan sebanyak RM75,000 dan RM133,940.

Juara Piala Presiden 2012, pasukan Perak menerima RM100,000, manakala naib juara, Negeri Sembilan Bentaria menerima hadiah berjumlah RM50,000.

Pasukan juara Liga FAM, Kuala Lumpur SPA menerima hadiah kemenangan bernilai RM60,000, manakala naib juara- Pahang Kuantan Port menerima hadiah kemenangan sebagai juara sebanyak RM30,000.

Selain itu pasukan yang berada di tempat ke-3 hingga ke-14 dalam Liga Super turut menerima wang insentif masing-masing seperti mana pasukan dalam Liga Perdana (12 pasukan).

Penyerang Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona menerima kasut emas selaku penjaring terbanyak dalam Liga Super dengan 15 gol.

Manakala penyerang PDRM, Khairul Izuan Abdullah turut menerima trofi kasut emas selepas berjaya menjaringkan 27 gol sepanjang beraksi dalam Liga Perdana 2012.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan