Thorgan Ikut Jejak Eden Ke Chelsea

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Thorgan Hazard
Thorgan Hazard

PERPINDAHAN Thorgan Hazard ke Chelsea dijangka selesai pada Jumaat, menurut Pengarah Lens Sporting, Antoine Sibierski.

Hazard bakal mengikut jejak langkah abangnya, Eden yang menyertai skuad The Blues musim ini dan majikannya, Liga 1 dilihat terpaksa menerima kenyataan dengan kehendak pemain itu.

Menurut kenyataan Sibierski di laman web kelab pada Khamis; "Ia sepatutnya akan menjadi rasmi pada esok (Jumaat).

"Ketika saya tiba di sini, saya terus berjumpa dengannya bagi menunjukkan keyakinan saya, dan tidak pernah ada niat untuk melepaskan dia.

"Hazard masih lagi mempunyai kontrak berbaki setahun dan telah ditawarkan untuk menyambungnya, tetapi selepas berjumpa dengannya, dia dilihat tidak berminat dan mahu meninggalkan Lens.

"Selepas 48 jam kemudian baru saya tahu sebabnya, kerana Chelsea mahukan dia. Saya faham."

Jurulatih Lens, Jean-Luis Garcia turut menerima hakikat bahawa tidak ada peluang untuk terus menyimpan Hazard.

"Dia masih lagi remaja 19 tahun, abangnya telah bersama Chelsea dan dia sentiasa didorong untuk melakukan perkara sama bagi menyertai kelab juara itu (Liga Juara-Juara).

"Tahniah kepada Thorgan. Sayang sekali kami tidak mampu menghalang peluang yang datang kepadanya."

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan