Andy Carroll Tidak Diperlukan Oleh Liverpool - Bola Sepak | mStar

Andy Carroll Tidak Diperlukan Oleh Liverpool

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ANDY CARROLL mungkin menyerlah ketika menyarung jersi England pada kejohanan Euro 2012 yang baru sahaja selesai bulan lalu tetapi kini amat jelas sekali, pengurusan baru Liverpool tidak memerlukan khidmatnya lagi.

Ejen pemain itu telah diberitahu oleh Pengurus baru Liverpool, Brendan Rodgers semalam yang Carroll boleh meninggalkan kelab itu sebaik sahaja ada kelab yang mahukan khidmatnya pada harga £20 juta.

Ini kerana Carroll, 23, tidak termasuk dalam senarai utama pelan perancangan masa depan Rodgers.

Kini kelab lama Carroll, Newcastle muncul sebagai satu-satunya pihak yang berminat untuk mendapatkan semula anak didik mereka itu tetapi masalahnya ialah harga yang ditawarkan jauh dari jangkauan yang ditetapkan Liverpool.

Akhbar The Sun, UK, melaporkan Newcastle kini bersedia untuk membuat tawaran balas sebanyak £16 juta untuk mendapatkan kembali Carroll.

Liverpool membelanjakan £35 juta 18 bulan yang lalu untuk membawa Carroll ke Anfield tetapi pemain berbakat dan tinggi lampai itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan gaya permainan Liverpool.

Liverpool kini menegaskan mereka bersedia untuk melepaskan Carroll secara pinjaman kepada mana-mana kelab yang bersetuju untuk mengambilnya sebagai pemain tetap pada musim berikutnya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan