QPR Berazam Tingkat Prestasi Musim Baru EPL

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain baru Queens Park Rangers (QPR), Park Ji Sung (dua kiri) hadir bersama pemain QPR lain ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dua Kota Kinabalu di sini, Isnin.
Pemain baru Queens Park Rangers (QPR), Park Ji Sung (dua kiri) hadir bersama pemain QPR lain ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dua Kota Kinabalu di sini, Isnin.

KOTA KINABALU: Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers (QPR), yang bernasib baik kerana masih berpeluang beraksi dalam liga premier itu dengan mata tipis, berazam melupakan prestasi hambar mereka sebelum ini apabila memulakan musim baru dengan menentang Swansea City pada 18 Ogos akan datang.

Pengurus pasukan Mark Hughes berkata dengan kehadiran pemain baru, termasuk yang baru dibeli daripada Manchester United, Park Ji-Sung, dan pemain pertahanan pinjaman, Fabio Da Silva, kekuatan QPR akan meningkat pada musim ini.

"Park pemain hebat (ketika bersama Manchester United) dan kami menjangka dia akan mempamerkan prestasi yang sama apabila bermain untuk Queens Park Rangers.

"Sasaran kami kali ini ialah mencatat pencapaian lebih baik daripada musim lepas dan kami amat yakin mampu bermain dengan cemerlang serta percaya Queens Park Rangers mempunyai masa depan yang cerah," katanya.

Beliau ditemui pemberita di sini ketika mempromosikan perlawanan Jelajah Asia pasukan itu menentang pasukan Sabah di Stadium Likas, malam Selasa.

Turut hadir, CEO kelab itu Philip Beard, Ketua Bahagian Komersial AirAsia Group Kathleen Tan dan Park.

Ditanya sama ada Park akan diberi tugas sebagai kapten pasukan itu berikutan ketiadaan Joey Barton yang digantung 12 perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris kerana didapati bersalah terhadap dua tuduhan melakukan keganasan, Hughes berkata beliau belum membuat keputusan mengenainya.

"Kami perlukan kapten yang boleh berkomunikasi dengan para pemain lain," katanya.

Diminta mengulas keputusan mahkamah England baru-baru ini yang membebaskan John Terry daripada semua tuduhan melakukan kesalahan berunsur perkauman yang menjejaskan ketenteraman awam dan yang mempunyai kaitan dengan pemain pertahanan QPR Anton Ferdinand, Hughes berkata beliau tidak mahu mengulasnya kerana mahkamah telah membuat keputusan tentang perkara itu.

Mengenai perlawanan dengan pasukan Sabah , Hughes berkata beliau menjangka ia merupakan satu perlawanan pemanas badan pramusim yang cukup menarik.

"Kami sungguh gembira berada di sini dan berharap peminat kami di Sabah akan membanjiri Stadium Likas," katanya.

Sementara itu, dalam ucapan alu-aluannya, Kathleen berkata perlawanan itu akan bermula pada 8.15 malam dan akan menyaksikan pemain handalan seperti Park, Djibril Cisse dan Jamie Mackie, turun beraksi.

Katanya selepas Kota Kinabalu, pasukan itu akan ke Kuala Lumpur untuk bermain menentang juara baru Liga Super Malaysia, Kelantan, di Stadium Shah Alam pada 20 Julai, sebelum berlepas ke Surabaya, Indonesia untuk bertemu pasukan Persebaya Surabaya di Stadium Gelora Bung Tomo pada 23 Julai.

"Kami juga teruja apabila Kota Kinabalu dipilih sebagai venue bagi pusingan pertama jelajah ini dan bandar raya ini istimewa bagi kami kerana menjadi destinasi pertama kami apabila kami memulakan operasi," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan