Khairul Fahmi Dilantik Sebagai Duta Jenama 100Plus

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairul Fahmi dilantik sebagai duta 100Plus.
Khairul Fahmi dilantik sebagai duta 100Plus.

KUALA LUMPUR: Penjaga gol utama Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, menerima suntikan semangat menjelang perlawanan menentang kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala AFF Suzuki penghujung tahun ini apabila dia menandatangani persetujuan sebagai Duta Jenama 100PLUS.

Khairul menyertai kumpulan eksklusif atlet handalan kebangsaan termasuk bintang badminton, Datuk Lee Chong Wei, penerjun bertaraf dunia Pandelela Rinong dan Safee Sali sebagai Duta Jenama 100PLUS. 100PLUS juga adalah penaja Minuman Rasmi pasukan lumba basikal trek kebangsaan dan Minuman Yang Disyorkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

100PLUS, minuman isotonik nombor satu di Malaysia, dan Khairul bersetuju mengikat perjanjian dua tahun yang bakal menyaksikan penjaga gol terbaik kebangsaan itu muncul dalam iklan dan promosi 100PLUS di seluruh negara.

“Khairul adalah atlet yang luar biasa dan individu yang memberikan kebangaan bagi Malaysia dalam banyak perlawanan.

"Dia terus mengejar kejayaan dan menepati semangat yang dilaungkan 100 PLUS iaitu ‘Atasi Segalanya’.

"Kami cukup gembira untuk menerimanya dan percaya beliau adalah role model yang baik bagi mereka yang mahu menjalani gaya hidup yang aktif,” kata Penolong Pengurus Besar, Brand Marketing F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Jenny Wong. Kempen pertama yang akan menyaksikan kelibat Khairul adalah kempen Ramadan dan Hari Raya 100PLUS yang diberi judul Sentiasa Cergas Di Bulan Mulia Ini.

Bercakap di majlis pelancaran Komersial TV hari ini, Khairul berkata beliau berasa amat gembira dipilih sebagai Duta Jenama 100PLUS.

“Perjanjian tajaan ini adalah satu pengiktirafan terhadap usaha saya sebagai penjaga gol pasukan kebangsaan dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada 100PLUS di atas kepercayaan mereka terhadap saya,” kata Khairul yang akan menyertai latihan bersama skuad kebangsaan petang ini dalam persiapan untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Arsenal dan juara liga Inggeris, Manchester City.

Perlawanan ini adalah sebahagian daripada persediaan pasukan kebangsaan untuk menghadapi Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung dari 24 November hingga 22 Disember.

Skuad Malaysia adalah juara bertahan dan bakal berdepan ujian getir untuk mempertahankan gelaran berprestij itu. Malaysia bakal menjadi tuan rumah Kumpulan B dan dijangka menarik tumpuan besar apabila berdepan pasukan Indonesia dan Singapura.

“Kita berada dalam kumpulan yang sukar bersama-sama Indonesia, Singapura dan satu lagi pasukan dari pertandingan kelayakan. Kami perlu menepati semangat Atasi Segalanya 100PLUS untuk menewaskan lawan dan menjuarai kejohanan ini sekali lagi,” kata Khairul.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan