Berba Luahkan Perasaan Melalui Facebook & Ingin Berpindah

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Berbatov ingin meninggalkan Manchester United kerana kecewa.
Berbatov ingin meninggalkan Manchester United kerana kecewa.

DIMITAR BERBATOV pada Ahad melemparkan rasa kecewanya dalam ruangan Facebook dengan berkata dia tidak mempunyai pilihan melainkan meninggalkan Manchester United menjelang musim panas ini.

Pemain yang dibeli oleh United pada harga £30.75 juta ini empat tahun lalu berkata, jika diberi pilihan beliau mahu terus kekal bersama United tetapi untuk sebab yang tidak diketahui, peluangnya bermain menjadi semakin tipis dan oleh yang demikian, perpindahan adalah opsyen yang terbaik.

Dan untuk itu Berba,31, berkata, Sir Alex Ferguson akan bersetuju untuk melepaskannya jika ada kelab yang sanggup membayar £5 juta untuk khidmatnya.

Kontrak Berba bersama United tamat penghujung musim lalu dan United telah menyambung kontraknya selama semusim lagi.

United mengamalkan polisi tidak menawarkan kontrak melebihi satu musim kepada mana-mana pemain yang telah mencecah umur 31 tahun dan ke atas.

Pemain-pemain berumur seperti Ryan Giggs dan Paul Schole semuanya diberi kontrak setahun dan akan diperbaharui pada setiap hujung musim sekiranya khidmat mereka masih diperlukan.

“Hakikatnya saya sangat menyayangi kelab ini tetapi saya tidak ada gunanya kepada kelab ini jika saya tidak diturunkan bermain.

“Tetapi untuk sebab yang tidak diketahui, saya tidak akan dipilih untuk bermain dan jika ada pun peluangnya sangat terhad, jadi adalah lebih baik saya ucapkan selamat tinggal kepada semua dan berpindah ke kelab lain," ujarnya.

Kata Berba lagi, sebagai pemain profesional, beliau ingin terus bermain bukannya berada di bangku simpanan sepanjang musim.

Malah kata bekas pemain Tottenham itu, beliau sendiri telah bertanya kepada Ferguson apakah benar, United meletakkan harga yang tinggi kepada perpindahannya iaitu sehingga £10 juta.

Tetapi pengurus United itu menafikannya. Sebaliknya kata Berba, Ferguson hanya meletakkan harga £5 juta sahaja.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan