Kedah Tertekan Terpaksa Bermain Dalam Play-Off

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kedah merasa sedikit tertekan untuk bermain dalam 'play-off' dalam usaha memastikan ia terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Kedah bakal bertemu Sabah Selasa ini di Stadium Hang Tuah, Melaka manakala Sarawak bertemu Pahang di Stadium Hang Jebat bagi merebut slot ke Liga Super 2013 setelah gagal berada pada kedudukan 10 terbaik musim ini.

Penolong jurulatih Kedah Radzi Md Din berkata format play-off kalah mati dan perlawanan yang terlalu dekat menyebabkan pemainnya agak tertekan namun mereka akan berusaha sedaya mungkin untuk terus kekal di Liga Super.

"Kita akan bagi tumpuan dalam play-off dan yang paling penting matlamat untuk kekal dalam Liga Super musim depan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan terakhir saingan Liga Super mereka di Stadium Darul Aman di sini malamSabtu.

Radzi berkata beliau amat menagih komitmen daripada pemainnya kerana mereka mempunyai pemain yang berkualiti dan mampu memberi persembahan yang terbaik serta mampu mengatasi pasukan lawan seperti Kelantan dan Lions XII.

Katanya beliau amat lega kerana semua pemain utamanya dapat beraksi kerana bebas dari sebarang kecederaan kecuali penjaga gol utama, Mohd Helmi Eliza Elias yang terpaksa direhatkan akibat kecederaan.

Beliau berharap dengan kembalinya tonggak utama, beliau dapat merancang sesuatu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kedah yang pernah menjulang kejuaraan tiga piala dalam semusim selama dua tahun berturut-turut iaitu pada 2007 dan 2008.

Radzi berkata sepanjang saingan Liga Super musim ini, pasukan bimbingannya tidak konsisten kerana gagal menurunkan kesebelasan utama yang terbaik termasuk pemain import yang sentiasa bertukar.

Beliau berkata corak permainan yang ditunjukkan anak buahnya amat berkualiti namun mereka cepat hilang fokus sehingga menyebabkan tumpas kepada lawan.

Selain itu kehadiran semula ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan yang bercuti sebelum ini, diharap dapat membantu Kedah mencipta kemenangan dan sekaligus terus kekal dalam Liga Super. Radzi berkata beliau akan memperbetulkan beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh anak-anak buahnya agar dapat terus mencipta kemenangan pada saingan Piala Malaysia yang bermula September depan.

Kedah tewas 1-2 kepada Felda United FC malam tadi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan