Nasib Dua Pasukan B-13 Malaysia Belum Selamat

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nasib pasukan Malaysia Kuning dan Malaysia Biru akan ditentukan pada Sabtu selepas kedua-dua pasukan itu hanya meraih satu kemenangan dan seri pada pada aksi peringkat kumpulan Piala Yamaha Asean Bawah 13 tahun yang berlangsung di Stadium MBPJ, Jumaat.

Malaysia Kuning yang dikendalikan oleh ketua jurulatih Mohamad Haris Lajid mempamerkan aksi cemerlang dengan menumpaskan juara bertahan Thailand, 2-1 dan meraih seri 1-1 terhadap juara 2010, Indonesia.

Ini bermakna, nasib Malaysia kuning akan ditentukan pada perlawanan Thailand bertemu Indonesia pada esok (Sabtu).

Pasukan Malaysia Kuning berada dalam Kumpulan B bersama Indonesia dan Thailand.

Sementara itu, nasib Malaysia Biru juga akan ditentukan pada perlawanan ketiga Kumpulan A apabila nasib mereka sama seperti Malaysia Kuning yang meraih satu kemenangan ke atas Vietnam (3-0) dan seri 0-0 ketika bertemu India.

Dengan itu, keputusan perlawanan India dan Vietnam akan menentukan pasukan yang layak menjadi juara bagi Kumpulan A.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan beraksi pada aksi separuh akhir sebelum penentuan ke final.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan