Capello Berminat Latih Skuad Rusia

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fabio Capello
Fabio Capello

MENTERI Sukan Rusia, Vitali Moutko mengesahkan Fabio Capello mula berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Rusia (RFU) mengenai jawatan jurulatih pasukan kebangsaan negara itu.

Jurulatih dari Itali itu terbang ke Moscow bagi perbincangan lanjut menggantikan Dick Advocaat.

"Hari ini (Khamis) Capello berada di RFU bagi membincangkan perkara ini.

"Capello merupakan pilihan terbaik Rusia, dia tahu jalan untuk menang," Moutko kepada pihak media.

Pierfilippo Capello yang bertindak sebagai ejen Capello berkata, bapanya berminat untuk menjadi jurulatih di Rusia.

"Saya boleh nyatakan bahwa bapa saya sangat berminat untuk menjadi jurulatih di Rusia. Dia juga turut diminati oleh pasukan Rusia dan saya tahu dia gembira apabila berbincangan dengan RFU secara rasmi dan mendengar apa perancangan mereka," jelas Capello Jr kepada Sovietsky Sports.

Bekas jurulatih England ini menjadi salah seorang jurulatih yang menjadi perhatian dan disenarai pendek bagi mengisi jawatan di Rusia ini.

Selain Capello, turut menjadi perhatian ialah bekas pengendali Barcelona, Pep Guardiola, Marcello Lippi dan bekas pengurus Athletic Bilboa, Marcelo Bielsa.

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini turut dikaitkan dengan jawatan ini, namun sebaliknya apabila dia telah menyambung kontrak selama lima tahun bersama pasukan juara Liga Inggeris itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan