Manchester City FC Capai Persetujuan Penjualan Harga Tiket

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam puluh peratus daripada hasil jualan tiket bagi perlawanan bola sepak antara Manchester City FC dan pasukan kebangsaan Malaysia di sini pada 30 Julai akan diderma kepada Yayasan 1MDB (1Malaysia Development Berhad), yayasan yang ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia dalam bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan, demikian diumumkan pada Jumaat.

1MDB dalam kenyataannya berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Manchester City FC mencapai persetujuan berhubung inisiatif amal itu.

Kata 1MDB, 'harga capaian istimewa' juga akan diwujudkan untuk beribu-ribu tiket untuk memastikan para peminat bola sepak di negara ini berpeluang menyaksikan pasukan kebangsaan mereka berentap dengan Manchester City FC, yang mempunyai pemain terkenal seperti Vincent Kompany, Sergio Aguero, Yaya Toure dan Carlos Tevez. 1MDB berkata persetujuan tentang derma dan strategi penentuan harga itu dicapai hasil perbualan dan hubungan positif antara Najib dan pemilik serta pengerusi kelab terkenal itu baru-baru ini.

Dalam mengesahkan inisiatif bersama itu, kenyataan tersebut memetik Najib sebagai berkata "dasar penentuan harga dan derma yang telah kami persetujui ini membolehkan kami menggabungkan kecintaan Malaysia terhadap bola sepak dengan semangat mendalam melakukan kerja amal yang akan memberi manfaat kepada beribu-ribu orang.

"Saya amat mengalu-alukan kedatangan Manchester City dan mengharapkan dapat menonton perlawanan menarik dengan pasukan kebangsaan kami. Saya yakin, ia bukan saja akan memberi peluang kepada peminat kami untuk menyaksikan perlawanan menarik, tetapi para pemain kami juga akan mendapat banyak manfaat melalui pengalaman mereka bermain menentang lawan yang begitu hebat."

Ketua pegawai eksekutif sementara Manchester City John MacBeath pula berkata: "Kami amat menghargai keramahan dan sikap terbuka Perdana Menteri serta sambutan yang diberi rakyat Malaysia kepada kami selama ini.

"Sebagai tanda menghargai semua ini, kami dengan senang hati bersetuju dengan inisiatif bermakna yang dilaksanakan dengan negara ini dan gembira kerana perlawanan ini akan dapat disaksikan oleh seramai mungkin penonton."

Anggota pemegang amanah Yayasan 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata yayasan itu bertuah kerana mendapat manfaat daripada perlawanan amal itu. "Ia akan disalurkan kepada usaha berterusan kami untuk menambah akses terhadap pendidikan bagi kanak-kanak Malaysia. "Kami harap kisah kejayaan serta semangat juang Manchester City akan memberi ilham kepada kanak-kanak yang mendapat manfaat daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami ini untuk mencapai potensi sebenar masing-msing," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan