Kelantan Idam Piala AFC Pula

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah menjuarai Piala FA dan Liga Super musim ini, Kelantan kini mengidam pula untuk merangkul Piala AFC.

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata beliau sedang memfokus kepada perlawanan suku akhir untuk menentang pendahulu liga Iraq, Arbil FC September ini.

"Para pemain Kelantan kini memerlukan rehat dan kami telah memenangi liga. Jadi saya memberi peluang rehat kepada tiga pemain muda dan menurunkan penjaga gol simpanan (dalam perlawanan Liga Super malam tadi)," katanya yang dipetik dalam laman web AFC (Persekutuan Bola Sepak Asia).

Namun kemenangan 24 kali berturut-turut Kelantan dalam Liga Super tercalar sedikit malam tadi apabila tewas 0-1 kepada Felda United di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Jurulatih berumur 41 tahun ini berkata beberapa pemain utamanya akan diberi rehat sebelum menjelang perlawanan menentang Arbil FC.

"Ia sesuatu yang kami tidak mahu (kalah dalam perlawanan akhir Liga Super), tetapi pada masa yang sama untuk mengekalkan ketahanan fizikal pemain saya turut merupakan cabaran," kata bekas pemain kelab Singapura, Balestier Khalsa ini.

"Mencipta kejayaan di Asia sudah tentu akan meningkatkan profil kelab kami di benua ini dan kami akan mencuba yang terbaik untuk terus mara dalam Piala AFC," katanya.

Hodak berkata kebimbangan beliau sekarang ialah jangka masa suku akhir Piala AFC kerana pasukannya tidak mempunyai sebarang pertandingan sehingga akhir Ogos ini tetapi terpaksa melalui jadual padat kemudiannya kerana kejohanan Piala Malaysia dijangka bermula.

"Piala Malaysia merupakan kejohanan yang berprestij tinggi dan sangat komptetatif di Malaysia, tetapi pada masa yang sama yang lebih penting ialah perlawanan menentang Arbil FC, jadi kami ingin merayu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk meminda beberapa jadual jadual perlawanan bergantung kepada keadaan," katanya.

"Arbil ialah antara pasukan terbaik yang masih tinggal dalam perlawanan. Saya tahu mereka sentiasa memenangi perlawanan dan saya pasti untuk bertandang ke Iraq dan bermain dengan Arbil merupakan cabaran yang sukar untuk kami, namun kami akan bersedia dan berharap dapat masuk ke separuh akhir," katanya.

Kelantan akan menghadapi Arbil dalam perlawanan pertama di Stadium Francouse Al Hareeri pada 18 Sept sebelum perlawana timbal-balik pada 25 Sept di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baharu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan