Danny Welbeck & United Dalam Krisis

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Danny Wellbeck
Danny Wellbeck

PENYERANG sensasi England dan Manchester United, Danny Welbeck kini berada dalam situasi krisis apabila rundingan mengenai perlanjutan kontraknya menemui jalan buntu.

Baki kontrak penyerang berusia 21 tahun itu hanya tinggal 12 bulan sahaja lagi untuk tamat dan kedua-dua belah pihak tidak dapat mencari jalan penyelesaian ke atas rundingan kontrak barunya.

Welbeck kini memperolehi gaji sebanyak £15,000 seminggu dan wakilnya menuntut gaji baru sebanyak £60,000 seminggu tidak termasuk bayaran bonus.

Bagaimanapun pengurusan United hanya sanggup menawarkan kontrak baru bernilai £40,000 seminggu dan jumlah itu boleh dinaikkan sehingga £60,000 seminggu bergantung kepada jumlah permainan.

Tetapi Welbeck yang diwakili oleh abangnya Chris, berpendirian, pemain itu tidak perlu lagi membuktikan kebolehannya menjaringkan gol.

Musim lalu, dia telah menjaringkan 12 gol dalam 38 perlawanan dan turut memperlihatkan kebolehannya ketika mewakili Englanda dalam kejohanan Euro 2012.

Para peminat kini bimbang United akan turut kehilangan Welbeck sepertimana mereka kehilangan pemain berbakat berusia 19 tahun dari Perancis, Paul Pogba yang kini telah berpindah ke Juventus setelah ditawarkan gaji sebanyak £30,000 seminggu.

Selain Pogba, seorang lagi pemain muda, Ezekiel Fryers turut berhadapan dengan krisis yang sama dan berpindah ke Tottenham.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan