Park Ji-Sung Sah Sertai QPR Dari Man Utd

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Park Ji-Sung
Park Ji-Sung

LONDON: Bekas pemain tengah Korea Selatan, Park Ji-sung telah menyertai Queens Park Rangers (QPR) dari Manchester United dengan kontrak selama dua tahun, demikian menurut kelab dari barat London, Isnin.

"Ini adalah satu rampasan sebenar untuk QPR," kata pengurusnya Mark Hughes, yang juga seorang bekas pemain Manchester United dalam laman web kelab (www.qpr.co.uk).

QPR tidak mendedahkan berapakah bayaran yang mereka keluarkan untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 31 tahun itu tetapi laporan media berkata perjanjian itu mencecah 5 juta pound sterling ($7.75 juta).

Park, yang membuat lebih 200 penampilan dengan United sejak menyertai kelab itu dari PSV Eindhoven pada tahun 2005, mempunyai reputasi sebagai pemain berbakat besar yang mampu memecahkan serangan pihak lawan dan membuat hantaran kepada rakan sepasukan untuk melakukan serangan balas.

Beliau adalah pemain Asia pertama yang bersaing dalam final Liga Juara-Juara pada tahun 2009 dan memenangi empat gelaran juara Liga Perdana Inggeris ketika bersama United.

Sebagai bekas ketua pasukan negaranya, beliau telah membuat 100 penampilan untuk Korea Selatan di antara tahun 2000 dan 2011.

"Rekod beliau menceritakan tentang kehebatannya," kata Hughes.

"Beliau adalah pemain yang hebat untuk Manchester United dan memainkan peranan besar dalam kejayaan mereka pada tahun-tahun kebelakangan ini.

"Park sentiasa dipilih untuk perlawanan besar kerana mereka boleh bergantung harap kepadanya dan kita melihat semua kualiti ini," ujar Hughes.

Pengerusi QPR yang juga warga Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes melihat Korea Selatan sebagai pasaran yang semakin meningkat untuk pemasaran syarikat penerbangannya Air Asia berkata, beliau dan Hughes telah bekerja keras untuk menjadikan perjanjian ini satu kenyataan.

"Saya inginkan mimpi menjadi kenyataan. Apa yang bermula sebagai idea yang kecil kini menjadi satu realiti dan ia menunjukkan bahawa orang ramai sudah mula menilai kita," ujar Fernandes.

Park pemain United kedua yang berpindah ke QPR bulan ini selepas pemain pertahanan muda Fabio Da Silva menyertai kelab itu secara pinjaman selama semusim.

Fabio, yang boleh bermain di pertahanan atau di bahagian tengah, telah bermain sebanyak 53 kali untuk United, tetapi jarang menjadi pilihan pertama.

Fernandes memberitahu Reuters pada hujung minggu bahawa QPR boleh menandatangani tiga atau empat lagi pemain sebelum permulaan musim Liga Perdana Inggeris.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan