FAM Tidak Akan Kemuka Bantahan Rasmi Kepada AFC - Azzuddin

Diterbitkan: Sabtu, 7 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung dakwaan Myanmar menurunkan pemain lebih umur pada pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun, yang berakhir Selasa lepas di Yangon.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata badan induk bola sepak negara itu juga tidak menghantar sebarang surat bantahan rasmi kepada AFC dalam tempoh bantahan 48 jam selepas perlawanan itu tamat pada pukul 7 petang, Selasa lepas.

"Antara sebab FAM tidak berbuat demikian kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Maklumat asas dan rasmi yang digunakan AFC adalah berasaskan data-data rasmi seperti pasport dan dokumen peribadi yang didaftarkan di AFC untuk kejohanan berkenaan. AFC juga mempunyai sistem pangkalan data sendiri Sistem Pentadbiran AFC.

"Saya ingin jelaskan bahawa penganjuran acara bola sepak pada Sukan SEA, Sukan Asia dan Piala Suzuki AFF, tidak terletak di bawah bidang kuasa AFC. Jadi apa-apa data yang ada semasa pendaftaran sukan itu tidak diambil kira oleh AFC, kerana ia di luar bidang kuasa mereka.

"Pihak sekretariat FAM juga kena berhati-hati supaya bantahan itu tidak akan memberi implikasi yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti FAM," katanya dalam sidang media khas bagi menjelaskan isu berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya dekat sini, Jumaat.

Malaysia membuat bantahan awal sejurus tamat perlawanan terakhir kumpulan G pusingan kelayakan kejohanan itu yang menyaksikan skuad kendalian Ong Kim Swee tumpas 1-2 kepada tuan rumah Myanmar.

Bantahan itu dibuat hasil pemerhatian dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan kelab Yangon United serta laporan media yang mendapati Myanmar membariskan empat pemain melebihi usia 22 tahun iaitu penjaring dua gol Myanmar ketika menentang Malaysia, Kaung Si Thu (25 tahun), kapten Kyaw Zayar Win (24), Ye Zaw Htat Aung (26) dan Thet Naing (23).

Azzuddin berkata AFC telah menghantar surat jawapan pada Khamis, terhadap protes yang telah dibuat pasukan Malaysia dan memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan FAM.

"FAM telah pun membuat penyiasatan terperinci. Siasatan dilakukan dengan berlandaskan rujukan data dan sumber-sumber maklumat termasuk yang ada di AFC. Kita perlukan bukti kukuh dan tidak mahu wujud implikasi tidak baik kepada imej negara dan hubungan kita dengan negara Asean lain," katanya.

Beliau berkata FAM tidak boleh membuat bantahan semata-mata menggunakan bukti yang disiarkan media.

"Selepas penelitian yang dibuat terhadap dokumen peribadi (Dokumen Warganegara Myanmar) pemain yang dimaksudkan, kita dapati terdapat nama yang sama tetapi individu berbeza," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan