Ferguson Tidak Pasti Kedudukan Fletcher

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Darren Fletcher
Darren Fletcher

ALEX FERGUSON telah menyatakan kebimbangannya secara terbuka yang pemain tengah mereka Darren Fletcher masih jauh daripada pulih untuk kembali bermain sepenuh masa.

Pemain berusia 28 tahun itu telah didiagnos menghidapi masalah pada usus November lalu dan sejak itu tidak lagi bermain untuk United.

Dan Ferguson juga tidak dapat memberi jawapan pasti apakah Fletcher dapat bermain semula seperti sedia kala.

Oleh kerana pihak kelab masih tidak mendapat kepastian yang nyata bilakah Fletcher akan pulih sepenuhnya dan turun bermain seperti biasa, dia telah diberikan tanggungjawab baru dalam bidang kejurulatihan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan