Empat Pemain Perancis Berdepan Dengan Hukuman - Bola Sepak | mStar

Empat Pemain Perancis Berdepan Dengan Hukuman

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noel Le Graet
Noel Le Graet

PERSATUAN Bola Sepak Perancis (FFF) mula menjalani siasatan terhadap empat pemainnya berikutan insiden sepanjang Euro 2012 baru-baru ini.

Empat orang pemain yang terlibat termasuk Samir Nasri, Hatem Ben Arfa, Jeremy Menez dan Yann M'Vila telah menunjukkan tingkah laku yang tidak sepatutnya ketika aksi Euro yang berakhir Isnin lalu.

Nasri dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak media.

Menez juga dikaitkan dengan tindakan menghina kapten pasukan (Hugo Lloris).

Ben Arfa terlibat dalam pergaduhan di bilik persalinan ketika tewas 2-0 kepada Sweden pada aksi peringkat kumpulan.

Manakala M'Vila tidak menghiraukan jurulatih, Laurent Blanc selepas dipanggil keluar ketika menentang Sepanyol.

Presiden FFF, Noel Le Graet turut mengumunkan pemberian bonus kepada semua pemain akan dibekukan buat seketika.

"Saya tidak suka menjatuhkan hukuman, tetapi itulah hakikatnya.

"Saya juga tidak suka mengeluarkan perkataan kasar. Tetapi pemain pemain-pemain kami patut didenda atau digantung.

"Saya juga tidak mahu mereka menganggap sebagai mangsa. Tidak sama sekali," katanya.

Le Graet juga menafikan laporan pihak media Perancis bahawa Didie Deschamps bersetuju menggantikan Blanc sebagai jurulatih.

"Saya melihat kenyataan Deschamps yang mengadakan 'tidak'. Itu hanya kesilapan. Dia adalah orang yang saya suka bekerjasama," tambahnya.

Deschamps mempunyai tempoh sehingga minggu ini untuk membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak untuk memegang jawatan itu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan