Villas-Boas Dilantik Pengurus Baru Spurs

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Andre Villas-Boas
Andre Villas-Boas

KELAB Tottenham Hotspur mengumumkan Andre Villas-Boas (AVB) sebagai pengurus baru kelab tersebut dengan kontrak selama tiga tahun, pada Rabu.

AVB yang sebelum ini membawa pasukan Porto menjulang trofi liga dan empat kejayaan lain menjadi pengurus termuda yang membawa gelaran kepada pasukan di Eropah sebelum menyertai Chelsea tahun lalu.

Ketika bersama Chelsea, AVB mencatat 39 perlawanan tanpa kalah sebelum dipecat oleh pemilik kelab tersebut.

Pengerusi Spurs, Daniel Lavy berkata: " Saya ingin mengumunkan bahawa Andre telah bersetuju untuk menjadi ketua jurulatih baru kelab ini."

"Dia mempunyai rekod reputasi cemerlang dari segi pengetahuan teknikal permainan dan menyusun pasukan.

"Andre akan berkongsi impian dan turut membantu dalam pembangunan mencari bakat-bakat muda".

Sementara itu, Villas-Boas berkata: " Tottenham Hotspur merupakan kelab hebat dengan tradisi yang kuat serta sokongan yang menakjubkan di tempat sendiri mahupun di tempat lawan.

"Saya sangat teruja dipilih sebagai jurulatih. Bagi saya ia adalah posisi yang bermakna bagi mengemudi pasukan Liga Perdana.

"Saya juga telah membincangkan dengan pengerusi dan ahli lembaga kelab mengenai masa depan pasukan ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan