Terry Bukan Pilihan Ancelotti

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Carlo Ancelotti
Carlo Ancelotti

CARLO Ancelotti menolak dakwaan yang mengatakan dia akan membawa bekas kaptenya di Chelsea, John Terry pada musim panas ini.

Jurulatih pasukan Paris Saint-German (PSG) dilaporkan sanggup membuat bidaan bernilai £8 juta (RM 40 juta) terhadap pemain antarabangsa England itu selepas gagal mendapatkan pemain pertahanan Milan, Thiago Silva.

Ketika ditanya oleh pihak media mengenai perkara itu, Ancelotti dengan pantas menjawab: "Tidak."

Bagaimana pun Ancelotti yakin untuk memperkuatkan pasukannya menjelang musim baru Liga 1.

PSG sebelum ini turut mendapatkan penyerang Napoli, Ezequiel Lavezzi yang dilaporkan bernilain 30 juta euro pada Isnin lalu dan kelab itu dijangka akan menambah bilangan pemain baru.

"Saya jangka tiga hingga empat pemain akan tersenarai, jika kamu masukkan nama Lavezzi.

"Pihak kelab ada berbincang dengan beberapa pemain lagi, dan saya yakin kami berada di posisi yang selesa," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan