Piala Asia B-22: Tengku Abdullah Kecewa Skuad Negara Gagal

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kecewa apabila skuad Malaysia gagal melayakkan diri secara automatik ke pusingan akhir Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22).

"Saya akui berasa hampa dengan kegagalan skuad negara tapi, saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak menyaksikan perlawanan itu.

"Namun, saya harap Malaysia masih lagi berpeluang merebut slot pasukan ketiga terbaik kejohanan.

"Saya harap kita sabar dan bersama berdoa menantikan keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pembayaran zakat perniagaan oleh Permodalan Nasional Berhad kepada Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) di sini, Rabu.

Malaysia gagal melayakkan diri secara automatik ke pusingan akhir Piala AFC B-22 tahun depan selepas tumpas 1-2 kepada Myanmar pada perlawanan terakhir pusingan kelayakan Kumpulan G di Stadium Thuwunna, Yangoon, Selasa.

Ditanya mengenai bantahan Malaysia berikutan dakwaan mengenai tuan rumah yang menurunkan beberapa pemain melebihi usia 22 tahun, baginda bertitah:

"Jika perkara itu berasas, pasukan negara memang berhak untuk membuat bantahan.

"Kita harap tidak berlaku sebarang penyelewengan membabitkan umur pemain pada kejohanan besar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan