Dua Pemenang Cabaran Super Gunners Anggap Mimpi Jadi Kenyataan

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Anis Adiba Othman dan bakal peguam, Abdul Hakeem Aiman Affandi diumumkan sebagai pemenang pusingan kedua peraduan cabaran Super Gunners pada Rabu.

Abdul Hakeem, 24, dan Anis, 23 tahun merupakan pemenang terakhir bagi peraduan ini sempena Jelajah Arsenal 2012 yang dianjurkan oleh ProEvents.

Sebelum ini, dua pemenang telah diumumkan iaitu Fatin Shafira dan Zafirah Zakaria.

Kesemua pemenang berjaya mendapat tiket VIP untuk menyaksikan skuad The Gunners menentang Kitchee FC di Hong Kong dengan segalanya perbelanjaan ditanggung oleh ProEvents.

Bukan sahaja berpeluang bertemu dengan pemain-pemain pujaan, malah mereka juga turut diberi wang tunai bernilai HK$5,000.

Menurut Anis, peluang ini dianggap sebagai mimpi menjadi kenyataan.

"Saya sememangnya penyokong setia Arsenal sejak 2008. Pada mulanya saya hanya menghantar klip video secara suka-suka, namun selepas melihat ada pemenang yang diumumkan sebelum ini, saya terus cuba membuat lain daripada yang lain.

"Saya belajar dalam bidang penyiaran, dan saya cuba buat animasi 'slow motion'.

"Kemenangan ini amat bermakna bagi saya dan ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit," ujar gadis kelahiran Perlis ini.

Sementara itu, Abdul Hakeem berkata, dia sememangnya berharap untuk menang dan langsung tidak menduga namanya terpilih.

"Penyertaan terlalu ramai dan saya cuba mencipta situasi yang lain dari lain.

"Saya selalu berangan untuk bertemu secara langsung dengan pemain-pemain Arsenal sejak 12 tahun lalu, dan kini ia bakal menjadi kenyataan.

"Saya harap dapat bertemu dengan pemain pilihan saya, Robin van Persie dan akan cuba memujuk dia kekal di Arsenal," jelas Abdul Hakeem yang mula meminati Arsenal sejak 2004.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan