Apek Minta Rakan Sepasukan Catat Kemenangan Ketika Bertemu Perak

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat meminta rakan sepasukan memanfaatkan peluang untuk mencatatkan kemenangan di laman sendiri pada perlawanan Liga Super menentang Perak, Sabtu ini.

Pemain yang lebih dikenali dengan panggilan 'Apek' itu berkata, kemenangan ke atas skuad Norizan Bakar itu penting bagi memastikan Kelantan mampu mempertahankan piala yang dimenangi musim lepas.

"Kita harus mengutip tiga mata ketika bertemu Perak dan saya harap rakan sepasukan mampu mempamerkan persembahan terbaik mereka kerana ia peluang terbaik kita mempertahankan kejuaraan Liga Super," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran kasut sukan baru oleh sebuah syarikat pengeluar barangan sukan di sini, Rabu.

Skuad kendalian Bojak Hodak, yang mengumpul 54 mata selepas mengharungi 23 perlawanan setakat ini, berpeluang cerah mempertahankan Piala Liga Super yang dimenangi musim lepas sekiranya mereka mengalahkan Perak.

Pesaing terdekat mereka, Lions XII dari Singapura yang beraksi dalam 24 perlawanan liga setakat ini, hanya mengumpul 50 mata dan masih belum beraksi dalam dua perlawanan terakhir.

Khairul Fahmi, yang juga penjaga gol kebangsaan, turut mengakui pasukan Kelantan berdepan dengan tekanan daripada penyokong setia 'The Red Warriors' setiap kali mereka beraksi di laman sendiri.

"Namun pada masa sama, tekanan penyokong itu menjadi pembakar semangat kepada kami untuk memperagakan aksi terbaik," katanya.

Mengulas mengenai kekalahan skuad bawah 22 tahun (B-22) negara 1-2 kepada Myanmar dalam perlawanan terakhir pusingan kelayakan Piala AFC B-22 Kumpulan G semalam, beliau memuji semangat juang yang dipamerkan skuad kendalian Ong Kim Swee itu.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan