Stuart Pearce Umum Senarai 18 Pemain Skuad Bolasepak GB

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS skuad bolasepak Great Britain (GB), Stuart Pearce pada Isnin mengumumkan senarai 18 pemain untuk beraksi buat pertama kalinya dalam Sukan Olimpik yang akan berlangsung beberapa mingg dari sekarang.

Beliau mengesahkan pengugguran bekas kapten England, David Beckham daripada skuad berkenaan sebaliknya memilih bekas rakan sepasukan Beckham di Manchester United, Ryan Giggs, pemain Liverpool Greg Bellamy dan pemain pertahanan Manchester City, Micah Richard sebagai tiga pemain yang melebihi had umur bawah 23 tahun untuk bermain bersama skuad berkenaan.

Pasukan bolasepak yang dibenarkan bermain dalam Sukan Olimpik ialah pasukan di bawah 23 tahun.

Inilah buat pertama kalinya GB membentuk sebuah skuad bolasepak selepas sekian lama.

Ia adalah kerana setiap negara yang membentuk kesatuan GB adalah terdiri daripada persatuan bolasepak yang independen dan bebas serta tidak terikat di antara satu sama lain.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) membenarkan peraturan tersebut kerana Britain adalah negara pengasas bolasepak.

Ditanya mengapakah beliau memutuskan untuk menguggur seorang pemain ternama seperti Beckham yang telah berjuang habis-habisan untuk membawa Sukan Olimpik ke London, Pearce menjawab:

"Memang benar saya berasa terkilan kerana terpaksa menguggurkan David, tetapi hakikatnya saya tidak membuat pilihan berasaskan personaliti atau jualan tiket.

“Hanya dengan 18 pemain sahaja yang dibenarkan didaftar untuk temasya ini, ia adalah satu pertandingan yang lain dari yang lain dan opsyen yang saya ada sangat-sangat terhad.

"Dan saya harus membuat pilihan dengan sasaran untuk memenangi pingat emas."

Sementara itu tidak ada seorang pun pemain dari Scotland atau Ireland Utara dipilih untuk menyertai skuad berkenaan.

Berikut adalah senarai penuh pemain-pemain GB:

PENJAGA GOL: Jack Butland (Birmingham), Jason Steele (Middlesbrough).

PERTAHANAN: Ryan Bertrand (Chelsea), Steven Caulker (Tottenham), Craig Dawson (West Brom), Micah Richards (Manchester City), Neil Taylor (Swansea), James Tomkins (West Ham).

TENGAH: Joe Allen (Swansea), Tom Cleverley (Manchester United), Jack Cork (Southampton), Ryan Giggs (Manchester United), Aaron Ramsey (Arsenal), Danny Rose (Tottenham), Scott Sinclair (Swansea).

PENYERANG: Craig Bellamy (Liverpool), Marvin Sordell (Bolton), Daniel Sturridge (Chelsea).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan