Pemain Berbakat Berhijrah Punca Pasukan Bola Sepak Melaka Merosot

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka pada Selasa diberitahu kemerosotan bola sepak Melaka berpunca daripada penghijrahan pemain berbakat ke negeri lain kerana mengejar tawaran gaji yang tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka Datuk Md Yunos Husin berkata mereka juga tidak berminat bermain dalam Liga FAM kerana tiada liputan media.

Beliau berkata demikian ketika menjawab luahan rasa Datuk Tahir Hasan (BN-Paya Rumput) mengenai kekecewaan penduduk Melaka dengan prestasi pasukan bola sepak negeri itu.

Mengenai langkah menaikkan kembali pasukan Melaka yang kini di tangga ketujuh daripada sembilan pasukan dalam Liga FAM, Md Yunos berkata antara yang telah dilaksana ialah menggugurkan pemain dan pegawai yang tidak menyerlah, menganjurkan pencarian bakat baru serta mengintai pemain dan jurulatih luar negara.

Katanya persatuan itu yang mempunyai kekangan kewangan memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya RM3 juta bagi menubuhkan pasukan yang lebih mantap untuk musim depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan