Iniesta Dipilih Pemain Terbaik EURO 2012

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Andres Iniesta
Andres Iniesta

PEMAIN Sepanyol, Andres Iniesta dipilih sebagai Pemain Terbaik Euro 2012 selepas pertemuan akhir Euro 2012 menentang Itali, Isnin.

Pemain tengah Barcelona ini antara sepuluh pemain yang dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal Kesatuan Bola Sepak Eropah UEFA) selepas menewaskan Itali 4-0 sekaligus mempertahankan gelaran sama yang diraih empat tahun lalu.

Pengarah Teknikal UEFA, Andy Roxburgh berkata: "Pemilihan Iniesta sebagai Pemain Terbaik Euro 2012 berdasarkan kreativiti, pemandangan tajam dalam bola sepak dan juga seorang yang rendah diri."

Selain itu, Steven Gerrard merupakan satu-satu pemain England yang turut dicalonkan selain enam pemain Sepanyol yang beraksi pada pasukan utama Vicente Del Bosques yang menggunakan formasi 4-6-0.

Tiga lagi calon yang terpilih ialah penyerang Itali, Andrea Pirlo, Mesut Ozil (Jerman) dan bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo.

Gerrard dan seorang lagi calon dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic merupakan dua pemain dari pasukan yang tidak layak ke separuh akhir.

"Gerrard bermain sangat baik dan telah mempamerkan tanggungjawab sebagai kapten yang berkualiti.

"Pirlo sngat mengagumkan, Xavi berpeluang memenangi gelaran ini (seperti Euro 2008) manakala Xabi Alonso sangat cemerlang," tambah Roxburgh.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan