Sepanyol Letak Satu Tanda Aras Baru

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sepanyol menjadi satu-satunya negara yang memenangi Euro dua kali berturut-turut.
Sepanyol menjadi satu-satunya negara yang memenangi Euro dua kali berturut-turut.

SEPANYOL telah meletakkan satu tanda aras baru dalam peta bolasepak dunia apabila mereka menjadi pasukan yang pertama memenangi tiga kejuaraan penting berturut-turut - bermula dengan Kejuaraan Eropah 2008, Piala Dunia 2010 dan kini sekali lagi Juara Eropah 2012.

Dan mereka melakukannya secara realitinya hanya melalui dua buah kelab yang bukan sahaja membekalkan tonggak-tonggak utama skuad kebangsaan tetapi juga gaya serta teknik permainan.

Dua buah kelab itu ialah Real Madrid dan Barcelona.

Walaupun David Silva, Juan Pablo Mata dan Fernando Torres muncul sebagai penjaring dalam perlawanan akhir tetapi mereka bukanlah penentu corak perlawanan Sepanyol.

Yang menentukannya ialah pemain-pemain Real dan Barca.

Malah bayangkanlah Sepanyol memenangi kejuaraan ini dengan menggunakan formasi yang sangat janggal serta tidak pernah diguna pakai oleh mana-mana jurulatih pun dalam sejarah bolasepak dunia iaitu 4-6-0 (empat pertahanan; enam pemain tengah dan kosong penyerang).

Mereka hanya memasukkan Torres iaitu satu-satunya penyerang yang diiktiraf dalam perlawanan itu pada minit ke-75.

Sepanyol telah merintis atau membuka jalan baru bagaimana untuk menjadi juara eropah dua kali dan juga juara dunia tanpa perlu bergantung harap kepada penyerang tradisi.

Apakah ini bermakna, penyerang-penyerang tradisi seperti Torres, Fernando Llorentte, Jesus Navas dan David Villa sudah tidak bermakna lagi?

Jawapannya ialah tidak juga. Ini kerana Torres turut melakar sejarah untuk dirinya sendiri - pertama sebagai pemain pertama menjaringkan gol untuk dua perlawanan akhir kejuaraan eropah. Kedua mencatat sejarah sebagai pemenang but emas (tiga gol) walaupun sekadar menjadi pemain bangku simpanan sepanjang masa.

Ini hanya membuktikan satu perkara iaitu betapa berbakatnya dan sempurnanya pasukan Sepanyol.

Mereka menjadikan skuad Itali bagaikan pasukan budak sekolah sepanjang perlawanan akhir Euro 2012 dan melenyapkan status bintang Balotelli dalam sekelip mata.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan