Seedorf Sarung Jersi Botafogo

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Clarence Seedorf
Clarence Seedorf

CLARENCE Seedorf menandatangani kontrak bersama kelab Brazil, Botafogo selama dua tahun.

Bekas pemain kebangsaan Belanda yang menamatkan karier selama 10 tahun bersama AC Milan pada musim panas ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke West Ham dan Tottenham.

Namun, Seedorf, 36, memilih Botafogo yang menawarkan gaji tertinggi yang tidak pernah diterima pemain antarabangsa di Brazil.

"Botafogo menyempurnakan perpindahan pemain tengah Belanda, Clarence Seedorf selama dua tahun.

"Ia adalah kontrak besar pernah dilakukan sebuah kelab bola sepak Brazil kepada pemain antarabangsa," kata kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.

Botafogo menamatkan kempen liga Campeonato Brasileiro di tempat kelapan dengan memenangi tiga daripada enam perlawanan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan