Blanc Enggan Perbaharui Kontrak Bersama Les Blues

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Selamat tinggal...Laurent Blanc memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya bersama Perancis.
Selamat tinggal...Laurent Blanc memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya bersama Perancis.

LAURENT Blanc telah meletak jawatan sebagai pengurus skuad kebangsaan Perancis pada Ahad.

Terdahulu, khabar angin bertiup kencang mengatakan bekas pengurus Bordeaux itu tidak akan meneruskan kontraknya bersama Les Blues selepas satu mesyuarat di antara Blanc dengan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) berlangsung.

FFF kemudiannya mengesahkan pengurus berusia 46 tahun itu tidak akan memperbaharui kontraknya ekoran penyingkiran Perancis daripada kejohanan Euro 2012 pada peringkat suku akhir.

Pada perlawanan suku akhir, Perancis tewas 0-2 kepada juara bertahan, Sepanyol.

"Laurent Blanc pada Sabtu menghubungi Presiden FFF, Noel Le Graet untuk menyatakan keputusannya yang enggan memperbaharui kontrak sebagai pengurus skuad kebangsaan.

"FFF menerima keputusan Blanc yang menerajui skuad kebangsaan sejak Ogos 2010," kata FFF dalam satu kenyataan.

Terbaru, bekas kapten Perancis Didier Deschamps yang pernah mengemudi pasukan itu menjuarai kejohanan Piala Dunia dan Euro dilihat sebagai calon pilihan untuk mengisi kerusi yang ditinggalkan Blanc.

Di atas kertas, Deschamps merupakan calon tepat untuk jawatan tersebut susulan pencapaiannya membawa Monaco beraksi di final Liga Juara-Juara Eropah pada 2004.

Beliau juga pernah membimbing bekas kelabnya, Juventus sebelum berhijrah ke Marseille.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan