FAM Tunggu Aduan Rasmi Kafa

Diterbitkan: Ahad, 1 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung tindakan pemain Selangor, Amri Yahya mengasari pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Jumaat lalu.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Azzudin Ahmad berkata, pihaknya akan membuka kertas dakwaan jika ada kes dan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Taufik Abdul Razak akan melakukan siasatan selepas itu.

"Setelah menerima aduan, kita akan menyemak rakaman visual perlawanan dan laporan perlawanan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Azzudin berkata, FAM akan menyiasat kes ini secara adil dan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Amri jika terdapat bukti kukuh.

Sementara itu, Pengurus KAFA, Azman Ibrahim berkata, pihaknya akan menghantar laporan dan bantahan secara rasmi kepada FAM secepat mungkin.

"Kita masih menunggu salinan rakaman perlawanan sebagai bahan bukti dan akan membuat analisis sebelum membuat laporan dan bantahan kepada FAM," katanya.

Beliau berkata, isi laporan dan bantahan juga mempersoal sikap pengadil yang seolah-olah tidak mempedulikan insiden yang berlaku di depan matanya, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan