Malaysia Kalahkan Vietnam 3-0

Diterbitkan: Sabtu, 30 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya terus mengekalkan rentak kemenangan apabila mengatasi Vietnam 3-0 pada perlawanan keempat, Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun (B-22) di Stadium Aung San, Myanmar pada Sabtu.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee kini terus menduduki tangga ketiga dalam kumpulan G dengan kutipan sembilan mata di belakang pendahulu kumpulan, Korea Selatan dan Myanmar di tangga kedua.

Kemenangan ke atas Vietnam merupakan kemenangan ketiga selepas kalah 2-3 kepada Korea Selatan dan menang 7-0 kepada Filipina dan 4-2 ke atas Taiwan.

Pada saingan hari ini, Vietnam menguasai babak pertama perlawanan dengan melancarkan serangan bertali arus namum gagal membolosi benteng pertahanan negara yang dikawal rapi oleh Nazirul Naim Che Hashim.

Skuad Harimau Muda berjaya memecah kebuntuan apabila pemain berasal dari Sabah, Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol pada minit ke-52.

Rozaimi sekali lagi menampilkan aksi cemerlang apabila berjaya menjaringkan gol pada masa tambahan minit ke-91 dan mencipta hatrik pada minit ke-93.

Pemain Vietnam, Le Quoc Thanh Hao dikenakan kad merah pada minit ke-90.

Sementara itu pada perlawanan kumpulan G lain, Myanmar menumpaskan Taiwan 6-2 dan Korea Selatan pula membelasah Filipina 10-0.

Pada perlawanan akhir Selasa ini, Malaysia dijadualkan bertemu Myanmar bagi merebut kedudukan tempat kedua terbaik dan seterusnya layak ke final kejohanan tersebut pada tahun depan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan