Kelayakan Piala AFC B-22: Malaysia Tumpaskan Taiwan 4-2

Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kemenangan kedua pada Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun (B-22) apabila menumpaskan Taiwan 4-2 di Stadium Aung San, Myanmar pada Khamis.

Ia merupakan perlawanan ketiga pasukan negara apabila sebelum ini Malaysia kalah 2-3 kepada Korea Selatan, Sabtu lepas sebelum bangkit mencatatkan kemenangan pertama membelasah Filipina 7-0 pada Isnin.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi pemain Sabah, Rozaimi Abdul Rahman sebelum pemain Taiwan Chen Yen-Jui menjaringkan gol sendiri pada minit ke-32 untuk memastikan skuad negara selesa dengan kelebihan dua gol.

Rozaimi sekali lagi menampilkan aksi cemerlang apabila menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga buat skuad negara pada minit ke-40 sebelum Taiwan berjaya menembusi gawang negara menerusi Lin Chang-Lun pada minit ke-50.

Pemain tengah D. Saarvindran menambah derita pasukan Taiwan apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-78 sebelum Taiwan menyumbat masuk gol kedua mereka pada masa kecederaan menerusi Wen Chih-Hao.

Skuad muda negara bakal berdepan laluan sukar Sabtu ini apabila dijadualkan bertemu pasukan Vietnam yang membelasah Filipina 9-0 dalam satu lagi perlawanan kumpulan G yang berlangsung di Stadium Thuwunna pada Khamis. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan