KAFA Tunai Janji Beri Bonus RM500,000 Kepada Pemain, Pegawai

Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada Khamis menunaikan janjinya dengan memberi bonus berjumlah RM500,000 kepada 27 pemain dan 10 pegawai setelah menjuarai Piala FA musim ini.

Presiden KAFA yang digantung, Tan Sri Annuar Musa, berkata ia mencakupi RM300,000 dalam bentuk tunai dan selebihnya berbentuk pakej percutian ke Eropah pada Disember ini.

"Memahami keperluan pemain, saya menasihati pengurusan KAFA untuk melunaskan bonus yang dijanjikan kepada pemain dengan menggunakan tabung kita sendiri kerana KAFA belum menerima apa-apa imbuhan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Pemain yang beraksi pada perlawanan akhir itu menerima kira-kira RM11,000 wang tunai dan pakej percutian RM9,000, manakala pemain lain yang beraksi kurang daripada tiga perlawanan menerima imbuhan berbeza yang difikirkan sesuai," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bonus tersebut di sini.

Kelantan mengalahkan pasukan berstatus kelab Sime Darby FC 1-0 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sekali gus menamatkan kemarau 22 tahun mereka membawa pulang piala itu ke Kelantan.

Annuar berkata imbuhan itu juga sebagai menghargai prestasi membanggakan pasukan 'Red Warriors' dalam saingan Liga Super dan diharap mampu menyuntik semangat kepada pemain untuk beraksi lebih baik menentang Selangor malam Jumaat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan