Ferdinand Kritik Taktik Hodgson Dalam Skuad England

Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rio Ferdinand
Rio Ferdinand

PEMAIN pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand mengkritik pendekatan yang dilaksanakan pengurus Roy Hodgson pada Euro 2012 yang tidak menggunakan khidmat pemain muda serta terlalu menggunakan taktik bertahan.

Pemain pertahanan 34 tahun ini yang tidak terpilih dalam skuad England sejak Hodgson mengambil alih jawatan ini berkata, dia ingin melihat Alex Oxlade-Chamerlain dan Phil Jones lebih diberi pilihan untuk beraksi di padang.

Malah Ferdinand juga turut mengkritik format yang dipilih Hodgson sepanjang kejohanan ini.

"Saya adalah peminta The Ox dan saya mahu melihat dia lebih banyak beraksi, tetapi hanya menjadi pemerhati sehingga tamat perlawanan.

"Phil Jones antara salah seorang pemain yang berkebolehan di negara dan di mana dia? Apabila ingin merampas bola di tengah padang, berlari lebih 40 ela, dan membantu di barisan belakang, dia adalah orang yang paling sesuai.

"Sebaliknya kita hanya terlalu berhati-hati dan Jordan Henderson sepatutnya menjalankan tugas itu.

"Bukan mengkritik, tetapi dia adalah seorang pemain yang berbeza daripada Phil, namun saya rasakan kita terlalu konservatif," katanya kepada The Sun.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan