Euro 2012: Balotelli Bawa Itali Ke Final, Tewaskan Jerman - Bola Sepak | mStar

Euro 2012: Balotelli Bawa Itali Ke Final, Tewaskan Jerman

Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Balotelli selepas menjaringkan dua gol kemenangan kepada Itali.
Aksi Balotelli selepas menjaringkan dua gol kemenangan kepada Itali.

PENYERANG kontroversi Itali, Mario Balotelli menjaringkan dua gol pada babak pertama untuk membantu pasukannya melakar kemenangan 2-1 ke atas pasukan pilihan, Jerman pada aksi separuh akhir Euro 2012, awal pagi Jumaat.

Kemenangan tersebut sekali gus membawa pasukan kendalian Cesare Prandelli ke aksi final bertemu Sepanyol Isnin ini.

Balotelli menjaringkan gol pada minit ke-20 dan 36 pada babak pertama perlawanan.

Skuad Jerman yang dikemudikan oleh Joachim Low gagal menundukkan barisan pertahanan Itali sehinggalah pada minit ke-90 Mesut Ozil berjaya mendapat gol sagu hati melalui sepakan penalti.

Namun agak terlewat untuk Jerman menyamakan kedudukan dan perlawanan berkesudahan memihak kepada Itali.

Kekalahan yang dialami juara tiga kali, Jerman bermakna kemegahan rekod 15 kemenangan berturut-turut dalam perlawanan kompetitif sejak dua tahun lalu akhirnya lebur.

Lebih perit buat Jerman, mereka terus buntu mencari kemenangan pertama ke atas Itali dalam lapan pertemuan pada kejohanan utama sebelum ini.

Senarai pemain:

Jerman:

Manuel Neuer; Jerome Boateng, Holger Badstuber, Mats Hummels, Philipp Lahm; Bastian Schweinsteiger, Sami Khedira; Toni Kroos, Mesut Ozil, Lukas Podolski; Mario Gomez

Itali:

Gianluigi Buffon; Federico Balzaretti, Andrea Barzagli, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini; Andrea Pirlo; Claudio Marchisio, Riccardo Montolivo, Daniele De Rossi; Mario Balotelli, Antonio Cassano.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan