Euro 2012: Ronaldo Ada Dalam Senarai Sepakan Penalti - Bento

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bento (kanan) memujuk Ronaldo selepas tewas aksi separuh akhir awal pagi Khamis.
Bento (kanan) memujuk Ronaldo selepas tewas aksi separuh akhir awal pagi Khamis.

JURULATIH Portugal, Paulo Bento mengakui bahawa Cristiano Ronaldo ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti kelima, namun tidak kesampaian selepas tewas 4-2 pada penentuan penalti aksi separuh akhir Euro 2012 bertemu Sepanyol awal pagi Khamis.

Penjaga gol Sepanyol, Iker Cassillas menyelamatkan sepakan yang dilakukan Joao Moutinho manakala cubaan seorang lagi pemain Portugal turut gagal selepas tersasar terkena palang.

"Kami tewas kerana Sepanyol lebih cekap dalam tendangan penalti, tetapi memang benar kami tidak mempunyai tuah pada perlawanan ini," jelas Bento.

Ketika ditanya mengapa pemain termahal dunia, Ronaldo tidak mengambil salah satu sepakan penalti, Bento berkata bahawa dia bersetuju kapten pasukan itu akan mengambil sepakan terakhir.

"Kami telah merancang dan sekiranya kedudukan terikat 4-4, dia akan mengambil sepakan terakhir serta mengharapkan keadaan berbeza," katanya.

Bagaimana pun, jurulatih itu memuji semua pemainnya kerana telah mengikat Sepanyol sepertimana yang ditonjolkan dalam perlawanan sebelum ini.

"Pada pendapat saya, kami telah mempamerkan aksi terbaik. Jika kamu perhatikan cara kami bermain hari ini, saya rasa kami lebih baik dalam tempoh 90 minit pertama, manakala pada masa tambahan kami sedikit tergugat.

"Jika kamu tidak mempunyai sedikit tuah yang baik, kamu pasti terlepas, dan itu tidak ada dalam pasukan kami," katanya.

Bento juga mengulas mengenai pertukaran pada sepakan ketiga di antara Nani dan Bruno Alves.

Alves sepatutnya mengambil tendangan tersebut, namun secara tiba-tiba Nani mengambil alih dan berjaya menembusi gawang Sepanyol.

Manakala Alves mengambil sepakan keempat dan tersasar terkena palang.

"Terjadi kekeliruan pada babak ketiga... Alves mengambil sepakan penalti keempat...dan ia gagal.

"Jika tendangan itu masuk, ia mungkin boleh memberi kelebihan kepada kami, tetapi kami tewas sejak sepakan pertama lagi," jelasnya yang turut tujukan situasi itu kepada Moutinho setelah gagal sepakan pertama, seperti pemain Sepanyol Xabi Alonso .

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan