Euro 2012: Schweinsteiger Perlu Berada Di Padang - Loew

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Schweinsteiger dijangka akan beraksi menentang Itali Jumaat ini.
Schweinsteiger dijangka akan beraksi menentang Itali Jumaat ini.

PEMAIN tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger dijangka akan menyertai barisan utama skuad pada aksi separuh akhir Euro 2012 bertemu Itali (Jumaat) selepas mendapat lampu hijau daripada Joachim Loew biarpun mengalami kecederaan buku lali.

Schweinsteiger yang hanya menjadi pemerhati pada sesi latihan sebelum ini dilihat kembali menyertai skuad selepas dibelenggu kecederaan berpanjangan sejak awal tahun dan berjuang untuk meningkatkan tahap kecergasan.

"Sudah tentu dia mampu melakukan lebih baik ketika bertemu Greece (menang 4-2) pada aksi suku akhir, tetapi kami tetap memerlukan Bastin.

"Dia dianggap ketua kepada kami. Dia matang dan sangat menakjubkan sejak tiga tahun kebelakangan ini.

"Saya yakin ia perkara penting bagi pasukan apabila Bastian Schweinsteiger berada dalam pasukan," jelas pengendali Jerman, Loew.

Sementara itu, Schweinsteige yang turut beraksi dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini berkata, dia tidak akan menolak jika selepas ini tidak disenaraikan dalam senarai utama setelah menerima kritikan mengenai prestasinya.

Jerman telah mempamerkan prestasi berkualiti apabila memenangi 15 perlawanan kompetitif sebelum ini dan kini cuba mencari trofi pertama sejak tahun 1996.

"Bastian mempunyai stamina yang diperlukan. Mungkin ketika bertemu Greece baru-baru ini pergerakannya sedikit terhad, tetapi amat penting bagi kami untuk dia berada di padang.

"Dia mempunyai daya keyakinan yang tinggi seperti yang diharapkan," tambah Loew.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan