Euro 2012: Prandelli Cemburu Dengan Jerman

Diterbitkan: Selasa, 26 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Prandelli tidak berpuas hati dengan tempoh rehat atau latihan sebelum aksi separuh akhir, awal pagi Jumaat ini.
Prandelli tidak berpuas hati dengan tempoh rehat atau latihan sebelum aksi separuh akhir, awal pagi Jumaat ini.

JURULATIH Itali, Cesare Prandelli cemburu dengan persediaan pasukan Jerman kerana mempunyai kelebihan dua hari berbanding pasukannya dalam persediaan menjelang aksi separuh akhir Euro 2012 awal pagi Jumaat ini.

Pasukan Azzurri menang ke atas England menerusi sepakan penalti pada aksi suku akhir awal pagi Isnin (semalam), manakala pasukan Jerman menang ke atas Greece pada Jumaat lalu.

Ini bermakna, Itali hanya melakukan persediaan dalam tempoh empat hari, manakala skuad Jerman kelebihan dua hari.

"Masalah ini perlu diambil berat oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pada kejohanan akan datang.

"Untuk bermain pada aski separuh akhir dengan tempoh rehat yang pendek tidak akan membantu persembahan," jelasnya.

Dua pemain tengah utama Prandelli, Daniele De Rossi dan Ignazio Abate kemungkinan besar tidak berada dalam skuad utama setelah beraksi selama 120 minit dengan England semalam.

"Kami bertemu dengan pasukan yang kuat. Kami juga perlu mengelak kelemahan kecil ketika bermain. Ia perlawanan sukar, dan minit terakhir yang akan menentukan kesimbangan permainan.

"Apabila kami tahu siapa yang cergas, kami akan pilih pemain mana yang akan beraksi nanti.

"Saya yakin kami akan mengharungi satu lagi perlawanan sengit. Dalam sama juga kami telah menilai tahap permainan tetapi perlu mangambil risiko pada perlawanan nanti.

"Kami akan melakukan yang lebih baik dan bertanggungjawab mencubanya. Generasi baru mahu melihat permainan bola sepak seperti ini.

"Dan kami perlu idea yang yang baik ketika di padang," jelas Prandelli.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan