Arsenal Beli Penyerang Perancis Olivier Giroud

Diterbitkan: Selasa, 26 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Olivier Giroud
Olivier Giroud

PRESIDEN kelab Perancis Montpellier, Louis Nicollin mengesahkan pada Selasa bahawa Arsenal telah melengkapkan pembelian penyerang antarabangsa mereka, Olivier Giroud.

Giroud bermain untuk Perancis sepanjang kejohanan Euro 2012 yang menyaksikan bekas juara itu tewas di peringkat suku akhir kepada Jerman 2-1.

Bercakap kepada akhbar Perancis, Midi Libre, Nicollin berkata, beliau ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas pemain mereka itu.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah wang perpindahan.

Pemain berusia 25 tahun itu telah berjaya menjaringkan 25 gol untuk kelabnya sepanjang musim lalu sekaligus membawa kejuaraan liga kepada Montpellier.

Selain Giroud, Arsenal telah pun membeli penyerang Jerman, Lukas Podolski untuk musim akan datang.

Dengan pembelian dua penyerang sensasi itu, ramai yang tertanya-tanya apakah Arsenal akan menjual penyerang Denmark, Nicklas Bendtner serta tiga lagi penyerang mereka yang tidak begitu menyerlah sepanjang dua musim lalu iaitu, Marouane Chamakh, Carlos Vela dan juga Denílson.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan