Kelayakan Piala AFC B-22: Malaysia Tewas 2-3 Kepada Korea Selatan

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara tewas 2-3 kepada pasukan pilihan, Korea Selatan, pada perlawanan pembukaan Kumpulan G Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala AFC B-22 di Stadium Thuwunna, Pusat Latihan Belia, Myanmar pada Sabtu.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu bagaimanapun mengejutkan gergasi bola sepak Asia itu menerusi jaringan A. Thamil Arasu seawal minit kelapan permainan selepas beliau memanfaatkan hantaran silang dari sebelah kiri padang oleh Ashri Chuchu.

Korea Selatan yang tersentak dengan jaringan itu mula menyusun semula permainan dan menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi tandukan kapten pasukan, Kim Hyun Hoon, selepas menerima hantaran Park Kwang Il untuk menewaskan Mohd Izham Tarmizi Roslan di gawang skuad negara.

Kwang Il menjaringkan gol kedua Korea Selatan menerusi sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti skuad negara pada minit ke-32 sebelum pemain penyerang, Kim Jong Hee menjaringkan gol ketiga pasukan tersebut, dua minit kemudian.

Thamil Arasu berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi gol kedua skuad negara pada minit ke-61 selepas memanfaatkan hantaran pemain tengah, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Skuad B-22 negara dijadual bertemu Filipina di Stadium Aung San, Isnin ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan