Unsur Perkauman, Penyokong Liverpool Didenda

Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gannon (dalam bulatan) melakukan aksi seperti monyet ketika perlawanan Liverpool dan Manchester United Januari lalu.
Gannon (dalam bulatan) melakukan aksi seperti monyet ketika perlawanan Liverpool dan Manchester United Januari lalu.

SEORANG penyokong Liverpool, Phillip Gannon dijatuhkan hukuman empat tahun penggantungan daripada menonton bola sepak di stadium selepas menimbulkan aksi perkauman kepada penyokong Manchester United dan kapten kelab itu, Patrice Evra.

Menurut Mahkamah Majistret Liverpool, Gannon,58, melakukan gaya seperti monyet dan ianya tersiar secara langsung di televisyen.

Kejadian itu berlaku pada 28 Januari ketika pasukan Man United bertandang ke Anfield pada aksi pusingan keempat Piala FA Inggeris, jelas pendakwa raya, Rob Girvan kepada mahkamah.

Ia merupakan perlawanan pertama kedua-dua pasukan selepas pemain The Reds, Luis Suarez digantung lapan perlawaanan setelah Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) mendapati dia bersalah mengeluarkan kata-kata berunsurkan perkauman kepada Evra.

Pada minit ke-23 permainan, kamera telah tertumpu kepada tempat duduk penyokong (Century Stand) di mana Gannon bersama dua orang kawannya, dilihat melakukan aksi seperti monyet dengan meletak tangannya di bawah ketiak.

Tayangan itu terus disiarkan seluruh dunia oleh ITV,dan medapat liputan meluas di laman Twitter, serta laporan polis telah dibuat.

Gannnon yang bekerja sebagai tukang kayu dari Utara Wales didapati bersalah dengan dua tuduhan kerana mengejek atau mengeluarkan perkataan menghina yang boleh menyebabkan kecemasan.

Dengan hukuman yang dijatuhkan itu, bermakna Gannon bukan sahaja tidak boleh berada di tempat penonton, malah dia turut diarahkan tidak berada di bandar Liverpool empat jam sebelum dan selepas perlawanan.

Dia juga turut didenda sebanyak £180 (RM722.6) serta pelu membayar kos pendakwaan sebanyak £300 (RM1,204.60).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan