Kelayakan Piala AFC B-22: Kim Swee Optimis Kemampuan Semua Pemain

Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ong Kim Swee
Ong Kim Swee

MENJELANG perlawanan kempen Kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun yang akan berlangsung di Myanmar pada petang ini (Sabtu), pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee optimis dengan kemampuan anak buahnya.

Biarpun sedar pasukan negara berada berada dalam Kumpulan G bersama jaguh bola sepak Asia seperti Korea Selatan, Taiwan, Vietnam dan Myanmar, Kim Swee tetap yakin dengan persembahan yang akan ditunjukkan oleh pemain-pemainnya.

"Apa yang saya ingin lihat ialah semua pemain berada dalam keadaan bersedia dan tidak terlalu yakin.

"Mana-mana pasukan yang bakal mereka lawan, saya harap mereka akan berjuang habis-habisan," kata Kim Swee.

Menurut Kim Swee, moral semua pemainnya sangat positif, lebih-lebih lagi selepas kemenangan ke atas Qatar, 2-0 pada aksi terakhir perlawanan persahabatan Ahad lalu.

Pada perlawanan kelayakan ini Kim Swee menyasarkan pasukan negara mampu berada sekurang-kurangnya di tempat kedua dalam kumpulan.

"Memang kita sasar untuk menjadi pasukan teratas peringkat kumpulan kerana dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke aksi tahun depan.

"Dengan reputasi kejayaan skuad kita di Asia Tenggara, saya yakin skuad Malaysia mampu melakukannya," tambahnya.

Kelayakan Piala Asia AFC Bawah 22 Tahun ini diadakan buat kali pertama tahun ini bagi memberi laluan yang lebih lancar kepada negara-negara Asia dalam melakukan persiapan ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Sebanyak 41 buah negara terlibat dalam pusingan kelayakan ini dengan dibahagikan kepada dua bahagian, Asia Barat serta Asia Timur dan sepak mula akan berlangsung pada 23 Jun ini.

Asia Barat diundi dalam empat pasukan, manakala Asia Timur dipecahkan dalam tiga kumpulan.

Skuad Malaysia akan membuka tirai kejohanan dengan bertemu Korea Selatan (23 Jun), Filipina (25 Jun), Taiwan (28 Jun), Vietnam (30 Jun) dan Myanmar (3 Julai).

Senarai pemain:

Mohd Farhan Abu Bakar, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Nazmi Faiz Mansor, D. Saarvindran, Mohd Irfan Fazail (kapten), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu, Shahrul Mohd Saad, Gary Steven Robbat, Nazirul Naim Che Hashim, Mohammad Amer Saidin, Mohamad Fandi Othman, Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Azzizan Nordin, Muhamad Ilham Amirullah Razali, Ashri Chuchu, Mohd Rozaimi Abdul Rahman, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohd Aminuddin Mohd Noor, Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa

Senarai pasukan:

(Zon Asia Barat)

KUM A: Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq, Oman, India, Turkmenistan dan Lebanon

KUMP B: Arab Saudi, Syria, Pakistan, Palestin, Kyrgzstan, Sri Lanka

KUM C: Bahrain, Iran, Tajikistan,Qatar, Kuwait, Maldives,

KUM D: Uzbekistan, Jordan, Yemen, Bangladesh, Nepal

(Zon Asia Timur)

KUM E: Australia, Jepun, Indonesia, Singapura, Macau, Timor Leste

KUM F: Korea Utara, China, Thailand, Hong Kong, Laos, Kemboja

KUM G: Korea Selatan ,Vietnam, MALAYSIA, Myanmar,Taiwan, Filipina

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan