Wenger Yakin Van Persie Kekal Bersama Arsenal

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wenger (kiri) yakin Van Persie (kanan) akan terus bermain untuk Arsenal musim depan.
Wenger (kiri) yakin Van Persie (kanan) akan terus bermain untuk Arsenal musim depan.

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger yakin Robin van Persie kekal bersama pasukannya sehingga musim depan dan menafikan khabar angin penyerang Belanda itu akan berpindah ke juara Serie A, Juventus.

Sehingga kini Van Persie belum berbincang masa depannya dengan Arsenal, namun dia masih mempunyai baki kontrak setahun bersama The Gunners.

Kapten berusia 28 tahun itu telah menjaringkan 37 gol keseluruhan musim lalu dan membantu Arsenal berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus mara ke aksi Liga Juara-Juara (CL) musim depan.

Dikhabarkan juara EPL, Manchester City turut berminat mendapatkan Van Persie seperti mana juara Serie A yang sanggup melaburkan ganjaran besar.

"Saya pasti Robin akan berada bersama kami. Jika kamu mahu tahu kenapa saya begitu adalah kerana tidak ada sebab pemain terbaik seperti Van Persie patut pergi dan bermain untuk kamu, di Itali dan dalam kejohanan kamu.

"Perlawanan bola sepak kamu (Serie A) lebih rendah mutunya berbanding Liga Perdana," jelas Wenger.

Dalam pada itu Arsenal dilihat bersungguh-sungguh untuk memantapkan skuadnya dengan mengikat penyerang Jerman, Lukas Podolski.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan