Penjaga Gol England, Robert Green Sertai QPR

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robert Green. Foto whuc.com
Robert Green. Foto whuc.com

ROBERT GREEN, penjaga gol pilihan kedua skuad kebangsaan England telah bersetuju untuk menyertai kelab milik Tan Sri Tony Fernandes, QPR dengan menandatangani kontrak selama dua tahun.

Bekas pemain West Ham itu akan melengkapkan dokumen perpindahannya pada 1 Julai depan iaitu sebaik sahaja selesai kejohanan Euro 2012 yang sedang berlangsung sekarang di Poland-Ukraine.

Pemain berusia 32 tahun itu akan menjadi pemain QPR yang terbaru dibawa masuk oleh Mark Hughes ke Loftus Road untuk persiapan musim depan.

Green telah bersama West Ham selama enam tahun dan musim lalu membantu membawa kelab itu kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas semusim tersingkir ke Divisyen Satu.

Sebelum itu beliau bermain untuk kelab Norwich.

Beliau kini telah bermain lebih 200 perlawanan untuk West Ham.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan