Euro 2012: Ozil Jadi Taruhan Skuad Jerman

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ozil merupakan salah seorang ayam tambatan bagi skuad Jerman.
Ozil merupakan salah seorang ayam tambatan bagi skuad Jerman.

JURULATIH Jerman, Joachim Low yakin bintang Real Madrid, Mesut Ozil mampu menyerlah pada aksi suku akhir menentang Greece di stadium PGE Arena, Poland awal pagi Sabtu ini.

Pemain berusia 23 tahun itu melakukan gerakan menarik kepada Lars Bender ketika menewaskan Denmark 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan B, sekali gus melayakkan diri ke kelompok lapan pasukan terakhir, Isnin lalu.

Ozil turut dipilih sebagai pemain terbaik pada perlawanan pembukaan yang berkesudahan Jerman menewaskan Portugal 1-0 pada 10 Jun lalu.

Bagaimanapun, Ozil mengaku yang dia mampu beraksi lebih baik selepas dikritik hebat media Jerman ekoran prestasinya yang tidak memberangsangkan pada Euro 2012.

Kritikan itu bermula selepas Özil gagal menguasai bahagian tengah pada aksi separuh masa pertama kerana dia dikawal ketat pemain pertahanan Denmark.

Namun, Low tetap optimis dengan kebangkitan pemain tengah Real itu pada saingan kalah mati nanti.

"Setakat ini, saya masih berpuas hati dengan prestasinya.

"Dia telah mempamerkan peningkatan yang baik ketika menentang Denmark dan dia seorang pemain yang mengutamakan pasukan.

"Saya yakin, Ozil masih belum mempamerkan tahap permainan sebenarnya," kata jurulatih berusia 52 tahun itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan