Piala Presiden: NS Betaria FC Mahu Buat Kejutan Pada Aksi Akhir

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Pasukan kelab NS Betaria FC mahu membuat kejutan pada perlawanan akhir bola sepak Piala Presiden 2012 menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh, malam Khamis.

Setiausaha kelab itu Satwant Singh berkata pasukannya yang pertama kali menyertai pertandingan itu, dan berjaya melangkah ke perlawanan akhir, mempunyai misi besar untuk menang.

"Berdasarkan prestasi pemain dan rekod perlawanan, kami yakin mampu membuat kejutan. Kami mahu membuat sejarah bagi membuktikan pasukan berstatus kelab seperti NS Betaria FC mampu menyaingi pasukan lawan. Saya harap pemain akan bermain bersungguh-sungguh dan membuktikannya," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap para penyokong Negeri Sembilan akan datang beramai-ramai ke Stadium Perak malam Khamis untuk memberi sokongan padu kepada pasukannya kerana NS Betaria FC membawa bendera dan nama Negeri Sembilan.

Pada perlawanan separuh akhir baru-baru ini, NS Betaria FC menewaskan pasukan PKNS, Selangor dengan agregat 1-0. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan