Milan Tolak Tawaran Lumayan PSG Untuk Thiago Silva

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AC MILAN telah menolak tawaran lumayan daripada Paris St-Germain bernilai £36.35 juta untuk pemain pertahanan mereka dari Brazil, Thiago Silva, demikian menurut pemilik kelab Itali itu, Silvio Berlusconi.

Kata Berlusconi, Naib Presiden Milan, Adriano Galliani telah mengadakan rundingan dengan PSG berhubung pembelian pemain Brazil itu.

Bagaimanapun, Berlusconi mengesahkan bahawa selepas beberapa siri rundingan, Milan terpaksa menolak tawaran lumayan tersebut kerana mereka tidak dapat mencari penganti yang sesuai untuk Silva.

"Sejak dari awal lagi kami telah memaklumkan kepada PSG bahawa kami hanya bersedia untuk melepaskan Silva sekiranya kami dapat mencari pengantinya pada masa yang sama.

"Mereka telah membuat satu tawaran yang sangat baik iaitu sekitar £36 juta dan sememangnya kami telah memikirkan untuk menerima tawaran itu tetapi apabila kami gagal mendapatkan pengantinya, kami terpaksa menolak tawaran itu," ujarnya.

Silva menyertai AC Milan dari Fluminense pada Disember 2008 dan masih terikat dengan kontrak sehingga Jun 2016.

Berlusconi turut menafikan spekulasi yang mengatakan bahawa penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic akan meninggalkan kelab itu musim depan.

Pengarah PSG, Leonardo yang pernah melatih Milan dua musim lalu menegaskan Ibrahimovic tidak pernah berada dalam senarai buruan mereka melainkan Silva.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan